Pada bulan Januari 2003, SMK Klian Pauh dibuka dengan jumlah pelajar seramai 300 orang dan 16 orang tenaga pengajar. Sekolah ini terletak di atas tapak lama SK Convent(1) Klian Pauh bersebelahan SK Klian Pauh. Sekolah ini diterajui oleh pemangku pengetua iaitu Encik Mohd Ravi b Abdullah. Terdapat 9 buah kelas yang terdiri daripada tingkatan satu, dua dan empat. Pada bulan Julai 2003 SMK Klian Pauh menerima pengetua pertama iaitu Tuan Haji Mohd Bakri b Mohd Hussain;AMP. Dalam bulan Januari 2004 jumlah murid meningkat sehingga 600 orang dan tenaga pengajar 31 orang. Pada 16 Julai 2004, SMK Klaian Pauh menerima pengetua baru iaitu Puan Hajjah Noripah Bt Haji Md Shah berikutan persaraan pengetua pertama. Puan Hajjah Noripah berkhidmat sehingga 30 Jun 2005 sebagai pengetua SMK Klian Pauh. Sekolah ini telah dirasmikan pada 11 Mei 2005 bersamaan 2 Rabiulakhir 1426H oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Mulai 1 Julai 2005, Puan Hajjah Aishah bt Haji Ahmad menjawat jawatan Pengetua SMK Klian Pauh sehingga November 2009 dan kini Pn.Hasmah binti Mohd Yusoff telah mengambil alih sebagai Pengetua SMK Klian Pauh.
Dengan menggunakan google maps,anda dapat melihat lokasi sekolah SMKKP View smk klian pauh in a larger map
Adminstrator
Mutiara Kata
‘He who ask a question is a fool for five minutes, he who does not ask a question remains a fool forever. Teacher open the door, but you must enter by yourself’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan